Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

AYUH, BANGKIT BERSAMA

Pernah tak korang nak solat, kemudian perasaan korang macam turn off sikit? Bukan turn off untuk solat, tapi turn off sebab korang rasa tak selesa nak solat dekat situ.  Especially bila korang solat dekat surau supermarket. Saya perasan banyak surau supermarket ni kecik, kadang-kadang muat 2 3 orang sahaja sekali masuk, adakala telekung berbau busuk dan tidak terjaga,  kadang-kadang terpaksa sujud dekat atas lantai sahaja sebab sejadah takda. Yang paling saya ingat,pernah sekali tu saya nak solat, lantai surau yg kecik tu basah sebasah basahnya sebab sistem longkang tempat wuduk yg tak betul. Dan yang saya hairan, kenapa  surau di kebanyakan mall selalu berada di tempat parking paling atas, atau basement paling bawah? Kesian acik-acik yg terpaksa kerah kudrat kena berjalan jauh utk ke surau. Agak-agaknya tahu tak kenapa jadi begitu? Saya nak tanya, kebanyakan Mall tu milik siapa? Siapa yg buat? Siapa yg bagi sewa lot-lot kedai tu? Siapa developernya? Surau Mall yg...

ANTARA BURUK SANGKA DAN BUDI BAHASA

‘Tupp’ saya terus mengunci pintu kereta apabila ternampak seorang nyonya cina berpakaian selekeh tengah bercakap bersendirian. Mulutnya terkumat-kumit sambil tangannya menerawang, nyata yang beliau tengah berada dalam dunia khayalannya sendiri. Saya kemudian tunduk, pura-pura sibuk memandang handphone supaya tak kelihatan riak wajah saya yang sedikit takut. Tiba-tiba rasa pintu kereta digoncang dan diketuk kasar, rupanya customer yang saya tengah tunggu datang. Saya turun dari kereta dan berdiri berdekatan dengan nyoya cina yang tengah duduk di bangku batu itu. ”duduk”, ringkas nyonya itu mempelawa saya duduk di sebelahnya. Beliau meminggirkan diri sedikit untuk memberi ruang yang besar kepada saya. “Nya tunggu orang ke?” saya meramahkan diri. “takda la, saya mau balik, hujan, tunggu sini dulu maa”. Kata beliau dengan wajah yang kelat. Saya mengangguk sahaja, dan kami masing-masing membisu. Kemudian saya lihat beliau teruskan dengan perbualan khayalannya tadi, tak lama...

HIRING STAFF-PART 1

Allah allah allah.. Pencarian staf ini bukan suatu perkara yg mudah untuk kami. Satu demi satu perkara kami diuji. Tapi, orang kata, andai kita sabar, kita akan rasa kemanisannya. Daripada tunggu staf tak sampai-sampai, missing in action, dan bila dah dapat staf baru, baru hari kedua bekerja, beliau eksiden kecil, dan esoknya beliau update yg parents beliau tak bagi kerja dah dgn kami. Company kecil macam kami belum mampu untuk beri elaun bagi menanggung kos perubatan. Ujian betul bagi company kecil macam kami. Nak hire orang, nak cari yg memenuhi kriteria, tapi tahu kekangan sendiri, yang belum mampu bayar gaji besar kepada staf. Doakan kami dipermudahkan cari staf, banyak rencana yg telah diatur, dan kami betul-betul perlukan bantuan tenaga orang lain dlm bisnes kami. Bisnes kereta sewa ni, banyak waktu dihabiskan dgn menunggu dan kerja yang adhoc. Jadi, mungkin Allah dah aturkan utk kami jumpa orang yang tahan lasak dan amanah yang sesuai dipertanggungjawabkan dgn komitm...

KERETA SEWA DAN BUANG HARGA

Ramai yang menempelak apabila mereka mendengar kabar angin mengenai adapengusaha kereta sewa yang buang harga. Apa yang dimaksudkan dengan buang harga dalam kereta sewa? Dalam pasaran kereta sewa, terdapat harga lantai dan harga syiling yang boleh ditetapkan oleh pengusaha, dan kebanyakan pengusaha biasanya akan meletakkan kadar sewa yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Yang menjadi kerisauan orang lain bila player-player baru masuk dalam pasaran dan meletakkan harga sewaan dgn terlalu rendah. Sebenarnya, personally, pengusaha kereta sewa tidak perlu risau tentang pengusaha lain yang buang harga. Kerana apa? Kerana orang yang meletakkan harga yang terlalu murah, susah untuk survive dalam pasaran sewa kereta. Kenapa saya cakap begitu? Kerana dalam perusahaan kereta sewa ini, banyak  contingency money yang perlu disediakan kerana risiko-risiko yang perlu dihadapi oleh pengusaha kereta sewa. Antaranya scenario yang perlu dihadapi atau bakal dihadapi ole...

MELANCONG KE JAKARTA - BANDUNG 2017

Assalamualaikum, saya dan sahabat telah bercuti di Jakarta dan Bandung pada bulan March 2017.  Tentatif perjalanan kami biasa-biasa sahaja. Kami menaiki penerbangan AirAsia ke Jakarta, dan menaiki tren ke Bandung dari Jakarta selama 6H5M. Antara tempat yang kami lawati di Jakarta(tempat paling macet di dunia) adalah: Masjid Itiqlal - Masjid di mana kami dapat lihat betapa ramainya manusia yang hadir untuk berjemaah ketika solat fardhu zuhur. Pasar Baru - tempat membeli belah dengan harga borong (tetapi masih mahal bagi kami) Central Park Mall - kami dapat lihat dua kasta yang berbeza di dalam dan di luar mall ini Grand Indonesian Mall - the most luxury mall in Jakarta. Kota Tua - Tempat di mana rakyat berpendapatan sederhana dan miskin melepak. Di sini, banyak bangunan bersejarah, dan akan ada kanak-kanak dan remaja yang mencari pendapatan melalui bernyanyi Tugu Monas di Merdeka Square - ketika kami sampai, laluan ke tugu monas ditutup . Jadi kami hanya berjalan-ja...