Pernah tak korang nak solat, kemudian perasaan korang macam turn off sikit? Bukan turn off untuk solat, tapi turn off sebab korang rasa tak selesa nak solat dekat situ. Especially bila korang solat dekat surau supermarket. Saya perasan banyak surau supermarket ni kecik, kadang-kadang muat 2 3 orang sahaja sekali masuk, adakala telekung berbau busuk dan tidak terjaga, kadang-kadang terpaksa sujud dekat atas lantai sahaja sebab sejadah takda. Yang paling saya ingat,pernah sekali tu saya nak solat, lantai surau yg kecik tu basah sebasah basahnya sebab sistem longkang tempat wuduk yg tak betul. Dan yang saya hairan, kenapa surau di kebanyakan mall selalu berada di tempat parking paling atas, atau basement paling bawah? Kesian acik-acik yg terpaksa kerah kudrat kena berjalan jauh utk ke surau. Agak-agaknya tahu tak kenapa jadi begitu? Saya nak tanya, kebanyakan Mall tu milik siapa? Siapa yg buat? Siapa yg bagi sewa lot-lot kedai tu? Siapa developernya? Surau Mall yg...