Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Melancong ke Indochina, Part 1: Dugaan di Kemboja

Teringat kembali pengembaraan saya dan rakan-rakan ke Thailand-Kemboja-Vietnam pada 24 February 2019 sehingga 6 March 2019. Antara yang paling digeruni ialah peristiwa di Kemboja. Kami bertolak dari Bangkok ke Aranyaprathet dengan keretaapi usang, kenapa saya kata usang? Kerana keretaapi yg kami naiki itu tiada fasiliti moden. Tingkapnya terbuka luas, dan tempat duduknya berlatar belakangkan besi tegak. Nasib baik angin luar menyejukkan kami, dan sepanjang perjalanan, saya banyak tidur (Saya memang kuat tidur😅) Kami bertolak jam 7am, dan sampai di sempadan Thailand-Kemboja jam 12pm. Dan menaiki bas dari Poi Pet (sempadan kemboja-thailand) ke Phnom Penh selama 12 jam (kami diperdaya oleh syarikat bas). Sesampainya di Phnom Penh, saya dan kawan-kawan berasa tidak puas hati dengan drebar dan kelindan bas kerana menurunkan kami di tepi jalan di bandar Phnom Penh. Hasrat kami, kami mahu berhenti di Stesen Bas, supaya kami dapat menaiki bas lain terus ke Ho Chi Minh. Kami bergaduh den...

Terkesan

"Awak nak berbuka apa harini? "kawan-kawan Saya ajak Saya berbuka sekali dekat Pel**** Steak House" "Oh, sedap ka makan dekat situ?" "Sedap tak sedap belakang kira kak, tapi portion dia saya puas hati, banyak dan murah, RM12.90 Saya dapat order nasi goreng chicken chop, dah la ayam besar,nasi goreng dia pulak banyak kak" Saya terkesan betul dengan kata-kata adik ini, kalau dilihat, dia bukanlah seorang yang susah, dia orang yang bekerja makan gaji, jadi pasti dia ada duit untuk makan mewah sedikit, dan saya yakin dia bukanlah orang yang kedekut. Setahu saya, dia sedang menyimpan wang untuk dikumpulkan bagi membantu pembedahan jantung ibu beliau nanti, oleh sebab itu dia mengikat perut dan berjimat cermat. Jika dibandingkan dgn diri saya, bagi saya, untuk makan makanan Western sebegitu, RM12.90 sangat murah, dan saya pasti akan memilih menu yang lebih mahal kerana saya rasa saya mampu. Tetapi adik ini sanggup berjimat cermat, sepanjang pe...

TRAVEL TO CAMERON HIGHLAND

MEI 2019 ‘stress perlu ditangani, tidak boleh dibiarkan’ Honestly, saya stress yang amat pada bulan April 2019,puncanya pelbagai. Stress pasal bisnes, pasal diri sendiri, buatkan saya plan untuk short escape. Walaupun tak boleh travel oversea, travel di Malaysia pun jadi lah. Asalkan saya dapat keluar, jalan-jalan, mengubati hati yang lara,cewah. Jadi, saya ni sejenis yang sukakan tempat sejuk. Dan dalam fikiran saya, antara dua je, Genting Highland dan Cameron Highland. Genting Highland terpaksa direjek disebabkan amusement parknya belum siap sepenuhnya. Saya suka adventure macam gitu. Saya membayangkan bila saya ada atas roller coaster tu, saya boleh menjerit sepuas hati. Rasa boleh sakit tekak kalau diberi kesempatan sebegitu. Btw, siapa tahu bila amusement park Genting Highland akan siap sepenuhnya? Saya dah tak sabar dah ni. Kami gerak agak lewat disebabkan roommate saya yang comel itu ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Kami bertolak dari Seremban jam 5pm, dan te...