Akhirnya kebimbangan semalam memang terjadi. Habis sifat husnudzon Yang Ada, setelah berkali-kali mendapat alert GPS daripada kereta saya, saya meminta tolong kawan saya di kawasan itu untuk melihat keadaan kereta saya. Setelah berputar dan berpusing Di sekitar lokasi GPS Yang saya hantar kepada beliau, akhirnya kawan saya menjumpai itu menjumpai kereta itu. Beliau terus menghantar gambar kepada saya. Kata beliau, 'barai beb'. Saya pelik, kerana takkan disebabkan hendak menggantung reben untuk mengiringi pengantin menyebabkan dashboard kereta perlu dibuka sebegitu rupa. Kerana tidak tertahan, saya pun terus menghubungi penyewa berkenaan. Dengan suara yang sudah meninggi, saya terus bertanyakan apa yang telah dilakukan kepada kereta sewa saya. Setelah ditekan, akhirnya penyewa berkenaan memberitahu situasi yang sebenar. dia daripada bengkel ketuk dan claim insurance kereta, disebabkan untuk claim insurance, dia perlu mengambil gambar spare part yang telah ditukar untu...