Akhirnya kebimbangan semalam memang terjadi. Habis sifat husnudzon Yang Ada, setelah berkali-kali mendapat alert GPS daripada kereta saya, saya meminta tolong kawan saya di kawasan itu untuk melihat keadaan kereta saya. Setelah berputar dan berpusing Di sekitar lokasi GPS Yang saya hantar kepada beliau, akhirnya kawan saya menjumpai itu menjumpai kereta itu. Beliau terus menghantar gambar kepada saya. Kata beliau, 'barai beb'. Saya pelik, kerana takkan disebabkan hendak menggantung reben untuk mengiringi pengantin menyebabkan dashboard kereta perlu dibuka sebegitu rupa. Kerana tidak tertahan, saya pun terus menghubungi penyewa berkenaan. Dengan suara yang sudah meninggi, saya terus bertanyakan apa yang telah dilakukan kepada kereta sewa saya. Setelah ditekan, akhirnya penyewa berkenaan memberitahu situasi yang sebenar. dia daripada bengkel ketuk dan claim insurance kereta, disebabkan untuk claim insurance, dia perlu mengambil gambar spare part yang telah ditukar untu...
Sebelum tidur semalam, saya doa dan niatkan supaya Allah bagi petunjuk kepada saya dan partner tentang bisnes apa yang kami patut buat. Saya ingat pesan sahabat saya, untuk menghafal terjemahan ayat kelima surah Al-fatihah, dan doa betul-betul supaya dapat petunjuk. Tetapi pagi ini, saya bangun dalam keadaan sakit kepala. Saya takdapat mimpi, mungkin saya perlu usaha lebih lagi agar Allah kurniakan saya ilham. Berbalik pada kereta sewa, sememangnya bisnes ini berisiko tinggi. Staf saya Yang sedang bercuti menghantar mesej GPS alert kepada Kami mengenai Salah sebuah kereta kami. Jadi, saya bertanyakan kepada installer GPS Kami iaitu Encik Wan mengenai situasi Kami. Encik wan memberitahu yang mungkin bateri kereta dicabut oleh pelanggan atau GPS tracker telah dicabut. Jadi, Kami perlu mengambil langkah berhati-hati, Kami tidak tahu apa keadaan di tempat Customer, sebolehnya apa Yang Kami dapat lakukan adalah dengan bersangka baik sahaja, kerana kereta berkenaan Masih Di Pena...