Skip to main content

Sedar nak diet

Selamat Hari Raya semua.

Hari ni raya ke10 dan saya dah terasa penatnya makan banyak.

Hari raya kelima kakak saya buat kenduri aqiqah untuk anak lelakinya, antara masakan yang dimasak kurma daging, sambal ikan talang kering, ayam masak kicap dengan acar timun nenas dan beberapa lagi side dishes termasuklah cendol.

Esoknya, saya paksa kaklong masak gulai ikan nyoknyok favourite saya, awal-awal lagi adik beradik saya dah reserve kepala ikan untuk saya, kemudian petangnya kaklong suruh saya masak sup tulang kegemaran seantero keluarga, boleh jadi rusuhan kalau takdapat makan setiap kali raya.

Malamnya saya makan lagi pelam harum manis yang kami dapat percuma dari Pakngah Perlis, mohon hangpa jeles,hehe.

Dan bermulalah episod kesenakan dekat dada saya. Pukul 3 pagi saya terjaga dari tidur, saya dah rasa sempit dada, saya fikir maybe sebab saya tidur dalam aircond.

Masa saya lelap balik, saya rasa makin sakit, saya bangun dan terus berlari-lari ke toilet untuk muntah. Selesai buang apa yang patut, baru saya boleh sambung tidur semula.

Masa tu la buat saya berazam nak kurus dan sihat.

 Saya andaikan  tiga jenis penyakit yang saya  ada, saya analisis sendiri je simptom-simptomnya, takut benar saya nak p check dekat hospital.

Obviously gastrik saya makin teruk, dan disebabkan saya pernah consume jus lega sebab saya pernah dah dapat simptom-simptom sempit dada yang sama, saya risau salur arteri jantung saya ada yang tersumbat, dan juga condition kulit saya tak cantik. Penyakit-penyakit kulit mudah melekat disebabkan kandungan asid yang tinggi dalam badan saya.

Jadi, ini azam saya:
1. Jaga pemakanan, kena tahu untuk bezakan antara racun atau ubat setiap makanan yang saya makan.

2. Gastrik, saya dah google makanan yg high probiotik, dan benda yang senang dan mudah untuk saya dapat ialah yogurt dan Tempe. Jadi saya akan lebihkan makan benda alah ni.

3. Disebabkan favourite saya dan rumate ialah daging merah dan organ dalaman lembu,  saya kena control makan sebab daging yang meningkatkan kadar asid dalam badan. Saya berazam nak makan sekali sahaja sebulan, tapi saya tau diri saya tak boleh buat perubahan yang mendadak, jadi kalau saya dapat kurangkan makan sekali seminggu pun dah okay sangat.

4. Saya kena lebihkan makan protein seperti ayam, telur dan ikan dan kurangkan karbohidrat dengan kurangkan minum air manis dan makan nasi dan roti.

5. Saya kena banyakkan aktiviti fizikal. Sebelum ni saya banyak hiking je, tapi kali ni saya nak join something more extreme seperti Mua Thai. Saya teringin betul lah nak masuk Ninja Warrior bila tengok peserta-peserta wanita omputih masuk bertanding. Usia depa ada yang mencecah 43 tahun, tapi masih lincah bersukan dengan kekuatan upper body yang mengagumkan.

6. Disebabkan family saya ramai yang overweight termasuk saya, jadi saya dah buat challenge contest dengan family, dalam masa 5 bulan, siapa yang dapat turun 20 kilogram, akan dapat hadiah RM750, siapa yang kalah kena bayar RM250, saya harap contest ni dapat lah motivate kan kami. Kesian saya tengok ma saya jalan terencot-encot disebabkan sakit lutut.

Saya kongsikan gambar-gambar sepanjang kenduri akikah berlangsung. Seronok bila tetamu ramai yang datang bertandang.



















Comments