Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

Permohonan Lesen Memandu Antarabangsa

Kau tahu apa halangan aku untuk mohon IDP (international driving license), semua ini atas kelemahan aku sendiri. Satu antara semua punca adalah, aku suka bertangguh. Aku bertangguh nak ke UTC kedah, bila aku pergi hari Jumaat, UTC kedah tak proses pula untuk permohonan lesen jenis ini, jadinya, pegawai menyuruh aku untuk datang pada hari Ahad depannya. Tapi disebabkan aku nak balik ke Seremban, aku rancang untuk selesaikan di UTC seremban sahaja. Bila kali kedua,aku pergi ke UTC Seremban, jurufoto cakap aku perlu sediakan gambar berlatarbelakangkan warna putih, ya Allah, aku salah lagi. Yang aku ada cuma warna putih, disebabkan aku tak bersedia untuk ambil gambar baru di kedai itu (disebabkan aku berpakaian selekeh) jadinya aku pun pulang ke rumah, dan bertangguh lagi. Kali ketiga baru lah aku berjaya memohon lesen tersebut. Haish. Ampa jangan buat keja macam aku noh, membaziaq petrol dan masa tau dak. Nasib baik pegawai² di JPJ utc seremban friendly (thanks tuan² dan puan memudahk...

Rintih

Kau tahu bila dada kau rasa sesak,kemudian kosong pula, kau sedar yang apa yg kau usahakan sekarang bukannya apa yg kau impikan. Kau impikan dunia kau indah dgn cerita² pengembaraan kau kerana kau punya langkah yg besar, tapi hakikatnya, kaki kau terbelenggu oleh satu tanggungjawab yg besar. Kau terpunduk, kau terbeban, kau jadi kemurungan. Kau tak suka begitu. Ya, aku bercerita tentang aku. Yg sedang terikat dgn perniagaan yg amat memerlukan komitmen masa, akal dan tenaga aku untuk berkembang, yg menyekat kebebasan aku, dan buatkan motivasi aku hilang. Aku bermotivasi dgn berkelana di bumi ciptaan Tuhan, tapi apa yg aku buat sekarang? Untuk apa aku berhabis masa mengerjakan sesuatu yg aku tidak punya 'soul' di dalamnya? Jiwa aku jiwa pengembara, setiap langkah yang aku atur adalah satu kepuasan yg tidak terduga nikmatnya buat aku. Aku rimas diikat begini, lama² kelamaan, aku hilang seri di wajahku. Aku perlu lakukan sesuatu. Aku tidak lagi harus buang masa untuk menunggu...