Skip to main content

Rintih

Kau tahu bila dada kau rasa sesak,kemudian kosong pula, kau sedar yang apa yg kau usahakan sekarang bukannya apa yg kau impikan.

Kau impikan dunia kau indah dgn cerita² pengembaraan kau kerana kau punya langkah yg besar, tapi hakikatnya, kaki kau terbelenggu oleh satu tanggungjawab yg besar. Kau terpunduk, kau terbeban, kau jadi kemurungan. Kau tak suka begitu.

Ya, aku bercerita tentang aku. Yg sedang terikat dgn perniagaan yg amat memerlukan komitmen masa, akal dan tenaga aku untuk berkembang, yg menyekat kebebasan aku, dan buatkan motivasi aku hilang. Aku bermotivasi dgn berkelana di bumi ciptaan Tuhan, tapi apa yg aku buat sekarang? Untuk apa aku berhabis masa mengerjakan sesuatu yg aku tidak punya 'soul' di dalamnya?

Jiwa aku jiwa pengembara, setiap langkah yang aku atur adalah satu kepuasan yg tidak terduga nikmatnya buat aku. Aku rimas diikat begini, lama² kelamaan, aku hilang seri di wajahku. Aku perlu lakukan sesuatu. Aku tidak lagi harus buang masa untuk menunggu.

Comments