Kau tahu apa halangan aku untuk mohon IDP (international driving license), semua ini atas kelemahan aku sendiri. Satu antara semua punca adalah, aku suka bertangguh. Aku bertangguh nak ke UTC kedah, bila aku pergi hari Jumaat, UTC kedah tak proses pula untuk permohonan lesen jenis ini, jadinya, pegawai menyuruh aku untuk datang pada hari Ahad depannya. Tapi disebabkan aku nak balik ke Seremban, aku rancang untuk selesaikan di UTC seremban sahaja.
Bila kali kedua,aku pergi ke UTC Seremban, jurufoto cakap aku perlu sediakan gambar berlatarbelakangkan warna putih, ya Allah, aku salah lagi. Yang aku ada cuma warna putih, disebabkan aku tak bersedia untuk ambil gambar baru di kedai itu (disebabkan aku berpakaian selekeh) jadinya aku pun pulang ke rumah, dan bertangguh lagi.
Kali ketiga baru lah aku berjaya memohon lesen tersebut. Haish. Ampa jangan buat keja macam aku noh, membaziaq petrol dan masa tau dak. Nasib baik pegawai² di JPJ utc seremban friendly (thanks tuan² dan puan memudahkan kerja saya). Bayaran aku buat, RM150, bayar tunai di kaunter. Proses tak sampai satu jam dan tempoh sah lesen ini adalah setahun. Alhamdulillah. Lega.
Aku perlukan nombor IDP ini untuk booking online kereta di Seoul. Yang kelakarnya, pegawai² JPJ ada dua tiga orang yg asyik tanya, "cik belajar di Korea ke? Cik bekerja di sana ke?" Jawapan aku, "oh,saya nak melancong je di sana." Mereka terpinga-pinga,kerana kata mereka, jarang orang mohon IDP kerana dorang biasanya join trip syarikat travel n tours sahaja kerana semuanya telah diaturkan. Aku menyengih sahaja, kemudian membalas, "oh,saya backpackers."

Comments
Post a Comment